Wednesday 20 June 2012

Hina Rasulullah. Mc Donald Mohon Maaf



Syarikat makanan segera Mc Donald Arab Saudi menarik balik permainan Power Rangers yang diberikan percuma bersama set menu Happy Meal yang dijual di negara tersebut. Keputusan itu diambil untuk mengelakkan salah faham ekoran protes dari orang ramai keatas mainan yang dianggap menghina Nabi Muhammad SAW.
Lafaz nama Nabi Muhammad SAW (dalam bahasa Arab) jelas kelihatan di bawah kaki Power Rangers tersebut. Ketika dimainkan, kaki mainan tersebut akan berputar dan mengena lafaz nama Nabi Muhammad SAW. Sehingga dapat dilihat nama Nabi Muhammad SAW dipijak oleh mainan tersebut.
Hal ini mencetuskan protes dari beberapa pelanggan di Arab Saudi yang menyedarinya. Mainan itu diberikan secara percuma bersama pakej Happy Meal yang dijual kepada pelanggan-pelanggan kanak-kanak dengan harga 12 Riyal. Syarikat makanan segera itu memberikan mainan tersebut sempena pelbagai kempen masyarakat Arab saudi seperti “Dukung Nabi-mu” dan “Bersama Kita Membela Nabi”, untuk membela kehormatan Rasulullah dari serangan dan hujatan yang sengaja dilancarkan oleh kumpulan tertentu...




                             
                                 



sources: 
diedit semula dari www.republika.co.id

gambar:
ebays.com
doctorbulldog.files.wordpress.com
thetoymuseum.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...