Wednesday 4 July 2012

Lukisan Pada Wajah. Seakan Benar!


Anda mesti menganggap gambar-gambar ini photoshop kan?yedok? Bukan sebenarnya, ini adalah ilusi dari lukisan oleh seorang pelajar dari Jepun, Choo San.

Menurut sumber, beliau hanya menggunakan cat akrilik untuk menjadikan kulit pada tubuhnya sebagai hamparan untuk lukisan yang dilukisnya dan yang menakjubkan adalah karya yang terhasil olehnya seakan benar.

Menurut sumber, Choo San mula melukis pada lengannya sewaktu peperiksaan dimana dia sekadar menconteng namun contengannya kelihatan realistik. Kemudiannya dia menjadikan lukisan pada kulit dan wajah sebagai hobinya.











gambar adalah dari tumblr beliau


Sunday 1 July 2012

WOW: Lamborghini LP64 Buatan China. 99% SAMA dengan yang asal.

mana satu yang asli?
Bila tanya "apa kereta idaman anda?" mesti ada yang jawab "Lamborghini" yedok? Kepada anda yang nak sangat rasa pakai kereta mewah ni bolehla try beli kete Lamborghini buatan China ni, ditiru dari Lamborghini LP64. Kereta ini bagi aku mungkin nak bagi pemilik dia rasa pakai Lambo tak pun sekadar nak belagak dengan kawan-kawan.kehkeh.

Lambo baru ini diberi nama sebagai Shanzai Lamborghini di China dan syarikat pembuat mereka mempunyai kilang dan bengkel sendiri yang ditugaskan untuk membuat dan mengedar ke serata asia. Tempahan juga dibuka pada deposit 210,000 yuan.

Bahagian luaran adalah 99% sama dan dalaman adalah 70% sama dengan yang asal. Jadi tak perlu malu-malu la kalau nak beli/bawak tu.ngeee. Takde orang perasan punyelah asal jangan bagitau sudah.hehe. Percayalah cakap aku. (Y)



Kereta ini harganya 6 kali lagi murah dari yang asal. Harganya lebih kurang 65,000USD(RM234,000) berbanding dengan yang asal yang lebih kurang 400,000USD(RM1.44juta) harganya. mak aihh mahal giler.yedok? baik beli accord ke...camry ke...lagi best. harga pun llagi murah...

Yela mana tak mahalnya...diorang bukan sekadar tiru rupa luaran jer. tengok la specs dia:
enjin 2.2L Toyota 5s / 2.0L Toyota 3s dengan pecutan 100kmj dalam 9 saat, laju maksima 200kmj dengan 175 kuasa kuda dan yang paling penting frequency bunyi enjin adalah 90% sama dengan yang asal. Bahagian dalam adalah Lamborghini punya style tetapi dashboard bukan Lambo style. lain-lain ialah: power windows, power wings, gps, backup camera, kulit untuk tempat duduk dan tali pinggan keledar.

Bahagian dalaman dan warna untuk dalaman dan luaran juga dibuat atas permintaan pelanggan.
Cover engine tidak lutsinar macam yang asal, rim adalah buatan sendiri kalau nak rim yang original kena tambah kira-kira 50000 yuan.

Bumper depan adalah dari model Lambo tahun 2007. Kalau nak kunci yang original kena tambah 9000 yuan. Menurut mereka "We did not make modification on the original beam, so car safety index is same as the original Toyota. However we added stainless steel, steel pipe and steel plate in the driver and passenger side doors. We also added 4 point racing seat belts." 

Walaupun tiruan tapi tidak mudah untuk buat spesifikasi sedemikian bagi sesebuah kereta dan China boleh melakukannya. terbaeeek.hhehhe. orang kita pun boleh melakukannya.yedok? ramai jer yang pasang bodykit.heh

menurut video yang klon adalah 1/4 batu lagi laju dari yang asal.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...