Thursday 28 June 2012

Apple menang dalam tuntutan keatas Samsung, diharam penjualannya di US




Hakim(california district judge) dah sebulat suara memutuskan untuk meng'ban' samsung dari memasarkan galaxy tab 10.1 di US. Ini berikutan dari kes tuntutan paten terhadap samsung yang dimenanginya 26 jun lalu. Walaubagaimanapun, apple dikehendaki membayar sebanyak 2.6 juta dolar sebagai ganti rugi terhadap kerugian yang dialami samsung sepanjang tempoh pengharaman tersebut.

Samsung boleh jer melakukan bantahan untuk meneruskan galaxy tab mereka tu. tapi mereka menolak sebab katanya hal ni tak menjejaskan sangat penjualan produk mereka yang lain. nampak cam diorang menganjing je kan. = ='

Rasanya banyak lagi produk Samsung kalau setakat tab 10.1 tu jer yang di ban penjualannya. Aku sendiri pun pakai samsung. Apple dengki la tu.hehe. Nak kata tiru tu rase cam ada gak kot pasal kebanyakan produk samsung ni lebih kurang jer sebenarnya hanya galaxy note jer yang sedikit berbeza. Tapi takper la persaingan buat diorang lagi maju, yang untungnya kita, yang ruginya diorang. yedok?kekeke. 

Apple memang best dalam memulakan sesuatu fenomena. Hal ini boleh dilihat pada produk ipad yang menjadi fenomena sehingga banyak jenama lain yang memasarkan produk mereka demi memenuhi tuntutan trend yang dicipta Apple walaupun pc tablet dah lama wujud sebelum ni(tapi orang wat bodo jer kan kat pc tablet dulu..kesian...).

Untuk info galaxy tab 10.1 ni telah dilancarkan di malaysia pada 20 ogos tahun lepas dan dijual pada harga rm1899.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...