Friday 29 June 2012

weeekk. KATAK DIMAKAN HIDUP-HIDUP...AMARAN!


Bila katak masuk pinggan makanan korang. korang makan lagi tak makanan tu? Confirm habis satu pinggan kena buang. yeedok? hehe. Acanner pulak bila katak sengaja dimakan hidup-hidup.

Itulah yang berlaku di jepun katak yang masih hidup dihidangkan di sebuah restoran. diingatkan katak tu MASIH HIDUP...

Kalau tengok orang makan katak tu biasa la...tapi ini, katak yang masih hidup.

Video ini menunjukkan katak itu hanya ditanggalkan sebahagian kulitnya(hanya dibahagian kaki) dan dipotong kepada beberapa bahagian dimana bahagian kepala kelihatan masih bergerak dan masih hidup. yarkk! dan dihidangkan terus kat pelanggannya. Releks je makan sambil kenyit-kenyit mata lagi. Apa ingat aku selera sangat ke nak makan menatang tuh? =="

Aku tak tahu nak klasifikasikan video ni kejam atau meloyakan..yang pasti mengganggu aku(sape suruh ko tengok).kekeke.

~kesian kat katak tu tengok badan dia kena makan depan mata...fuuuufh.





sumber video dari stomp

Thursday 28 June 2012

makan kentut boleh kurangkan darah tinggi

sekadar hiasan. kentut berapi tidak boleh dimakan


Cam pelik je kan.keh3. Namun, pengkaji dari Zhongda Hospital di Southeast University di Nanjing masih belum mengsahihkan perkara ni kerana tidak pasti akan kuantiti gas kentut yang diperlukan untuk seorang manusia kerana kajian hanya dilakukan pada seekor tikus.

Katanya gas hidrogen sulfida yg terhasil dapat mengurangkan darah tinggi dan satu kajian juga telah dijalankan di John Hopkins University dimana kentut yang mengeluarkan gas hidrogen sulfida dengan efektifnya dapat mengawal tekanan darah pada seekor tikus. 

"kajian masih belum dilakukan pada manusia dan yang menjadi masalah adalah kuantiti gas yang sesuai untuk saiz seorang manusia" kata Yuyu Yao, professor di Southeast University.

"dan mungkin membahayakan tubuh manusia" tambahnya lagi.

So, sape-sape yang berminat nak jadi bahan kajian tu bolehlah mulakan prektis kat rumah. Makan je kentut sesape pun. best kot. wakakaka

~ setiap penyakit ada penawarnya. subhanAllah

Spain memang juara dalam bola sepak dan mereka juga juara dalam....


Sepanyol memang terbaik dalam UEFA Euro dan mereka juga terbaik dengan kadar pengangguran tertinggi di eropah.

Sekitar 24.3% dari kira-kira 47 juta rakyatnya berdepan krisis pengangguran.


kadar pengangguran di eropah



~ papepun mak jemah sokong jerman untuk euro kali ni..kehkehkeh

Apple menang dalam tuntutan keatas Samsung, diharam penjualannya di US




Hakim(california district judge) dah sebulat suara memutuskan untuk meng'ban' samsung dari memasarkan galaxy tab 10.1 di US. Ini berikutan dari kes tuntutan paten terhadap samsung yang dimenanginya 26 jun lalu. Walaubagaimanapun, apple dikehendaki membayar sebanyak 2.6 juta dolar sebagai ganti rugi terhadap kerugian yang dialami samsung sepanjang tempoh pengharaman tersebut.

Samsung boleh jer melakukan bantahan untuk meneruskan galaxy tab mereka tu. tapi mereka menolak sebab katanya hal ni tak menjejaskan sangat penjualan produk mereka yang lain. nampak cam diorang menganjing je kan. = ='

Rasanya banyak lagi produk Samsung kalau setakat tab 10.1 tu jer yang di ban penjualannya. Aku sendiri pun pakai samsung. Apple dengki la tu.hehe. Nak kata tiru tu rase cam ada gak kot pasal kebanyakan produk samsung ni lebih kurang jer sebenarnya hanya galaxy note jer yang sedikit berbeza. Tapi takper la persaingan buat diorang lagi maju, yang untungnya kita, yang ruginya diorang. yedok?kekeke. 

Apple memang best dalam memulakan sesuatu fenomena. Hal ini boleh dilihat pada produk ipad yang menjadi fenomena sehingga banyak jenama lain yang memasarkan produk mereka demi memenuhi tuntutan trend yang dicipta Apple walaupun pc tablet dah lama wujud sebelum ni(tapi orang wat bodo jer kan kat pc tablet dulu..kesian...).

Untuk info galaxy tab 10.1 ni telah dilancarkan di malaysia pada 20 ogos tahun lepas dan dijual pada harga rm1899.

Monday 25 June 2012

20 kereta buatan China yang ditiru dari jenama terkenal...

China? hmm...memang terkenal dengan menciplak. ye dok?

Apa-apa jelah dari henpon, jam tangan, perhiasan semua dah ditiru China. So, memang tidak boleh nafikan jika orang gelarkan mereka sebagai "tukang ciplak" ..hehe...

Sekarang ni kita tengok kereta dari jenama terkemuka antaranya BMW, Nissan, Mercedes, Pagani Zonda(what the...) dan proton(yang ni aku tipu) yg ditiru syarikat automobil dari negara mereka.


Kalau yg "jadi" tu nampak okey la, hampir sama la jugak. Tapi kalau tak...mak aih hodoh bebenor.wakakaka


~errr...jenama dari china ni ada kualiti ke?
aku tak berani nak ckp yg dorang nye takde kualiti psl aku tak pernah guna pun, maybe ada la yg berkualiti kot. apa kata anda try "pagani zonda" tuh haa. okey ape.. boleh gak merasa kereta ala-ala Pagani Zonda..ngeh3. tapi risiko lu tanggung a sendirik.

~mohon proton ngan perodua mencontohi sifat mereka yg rajin..tapi bukan rajin meniru la yer.haha

Ford F150 vs. JAC 4R3


BMW 7 Series vs. BYD F6



Mercedes C-Class vs. Geely Merrie 300




Rolls-Royce Phantom vs. Hongqi HQD



Vauxhall (Opel) Frontera vs. Landwind




Toyota Prado vs. Dadi Shuttle




Nissan X-Trail vs. Great Wall Sing




Honda CRV vs. Laibao SRV




Smart Fortwo vs Shuanghuan C6




Daewoo Matiz vs. Chery QQ




Holden Commodore vs Jaguar XF




Lexus LS vs JAC Auto C240




Cadillac CTC vs Shanghai Maple Marindo 506




Fiat Panda vs Great Wall Regular Perry




Pagani Zonda vs Rabbit PZR





Subaru Forester vs. Yema SQJ6451 CUV




Volkswagen Tiguan vs. Yema T-SUV




Infiniti EX vs. Yema E-SUV




Audi A4 Avant vs. Yema F16




Neoplan Starliner vs. Zonda A9











Sunday 24 June 2012

video: anjing "SUPER" menolong tuannya

Memang kita tahu anjing boleh dikatakan haiwan yang bijak, boleh dilatih.


Tapi di Jepun, "superdog" ini menuntun lembu peliharaan tuannya ke suatu tempat yg jauhnya 2 km setiap hari.

Lagi menakjubkan apabila tuannya tidak pernah melatihnya untuk berbuat sedemikian, apa yang 'dia' buat hanyalah dengan melihat dan meniru perbuatan tuannya setiap hari.

video: http://dai.ly/LlMRt0

Friday 22 June 2012

Ranking Datuk Lee Chong Wei turun ke nombor 2 dunia




Datuk Lee Chong Wei yang sudah beberapa tahun bertahan diranking pertama dunia akhirnya terpaksa melepaskan gelaran tersebut kepada Lin Dan, pemain dari china.

Lin Dan merampas kembali gelaran tersebut. Gelaran yang pernah dimilikinya sebelum Lee Chong Wei.
Bagi aku, aku tak kisah pun sapa yang dapat gelaran nombor satu dunia ke tak. Mereka berdua sama-sama terbaik. Permainan serta skil yang tersendiri...

~harap2 semakin ramai lah pelapis yang akan mengikut jejak langkah Lee Chong Wei

Wednesday 20 June 2012

Hina Rasulullah. Mc Donald Mohon Maaf



Syarikat makanan segera Mc Donald Arab Saudi menarik balik permainan Power Rangers yang diberikan percuma bersama set menu Happy Meal yang dijual di negara tersebut. Keputusan itu diambil untuk mengelakkan salah faham ekoran protes dari orang ramai keatas mainan yang dianggap menghina Nabi Muhammad SAW.
Lafaz nama Nabi Muhammad SAW (dalam bahasa Arab) jelas kelihatan di bawah kaki Power Rangers tersebut. Ketika dimainkan, kaki mainan tersebut akan berputar dan mengena lafaz nama Nabi Muhammad SAW. Sehingga dapat dilihat nama Nabi Muhammad SAW dipijak oleh mainan tersebut.
Hal ini mencetuskan protes dari beberapa pelanggan di Arab Saudi yang menyedarinya. Mainan itu diberikan secara percuma bersama pakej Happy Meal yang dijual kepada pelanggan-pelanggan kanak-kanak dengan harga 12 Riyal. Syarikat makanan segera itu memberikan mainan tersebut sempena pelbagai kempen masyarakat Arab saudi seperti “Dukung Nabi-mu” dan “Bersama Kita Membela Nabi”, untuk membela kehormatan Rasulullah dari serangan dan hujatan yang sengaja dilancarkan oleh kumpulan tertentu...




                             
                                 



sources: 
diedit semula dari www.republika.co.id

gambar:
ebays.com
doctorbulldog.files.wordpress.com
thetoymuseum.blogspot.com

Kucing terkecil didunia...




Kucing yg comel ni adalah yang terkecil didunia, namanya "Peebles". Kalau dilihat mungkin seperti anak kucing biasa tapi sebenanya Peebles berusia 2 tahun. Peebles menjadi sebegini adalah disebabkan oleh masalah genetik yg membantutkan tumbesarannya. dengan ketinggian hanya sekitar 15.5 cm dan 49 cm panjang, jadi tidak hairanlah Peebles melayakkan diri sebagai kucing terkecil dunia oleh Guiness World Book Of Record.



bersama seekor guinea pig

Peebles may look like a kitten, but he is actually 2-year-old. The tiny cat got its size from a genetic defect that stunts growth. At just 6.1-inch (15.5 cm) high and 19.2-inch (49 cm) long, he currently holds certification from The Guinness Book of World Records as the world’s smallest cat.  

attention!!! this my first blog post. Perhatian!!!


Ok... ak nk pastikan blog aku yang ni "menjadi" tak macam blog2 aku yang lepas..haaa..yang tu sekadar hangat2 tahi ayam. HAHAHA~gelak jahat. Lagi2 bila laptop aku yang baru tu hilang dicuri lagi la memoral downkan aku :'( . sob2

.. nyway blog ni akan aku post dengan apa sahaja benda yang saya suka. tak kirala pasal bola ke, hacking ke, fishing ke, cooking ke, benda2 pelik ke dan bla3... diingatkan disini saya seorang lelaki.. lelaki tulen tau..bukangay..bukan pondan dan bukan bapok..haha..sebarang unsur godaan oleh gol. seperti ini tidak akan dilayan.haha..kalau ppuan cun takpe(mohon jgn terasa pada yg tak cun..haha..gurau je).

ok..jadi mungkin blog ni akan jarang di"update" disebabkan oleh faktor2 ttentu..antaranya malas ~jujur tak?.haha. So, selamat ber"blogging".

ps: saya budak baru belajar, kalau salah tlg tunjukkan... n mintak maaf kalau ada post yg membuat anda sakit ati..kecik ati..snak perut..kecik otak..dan sebagainya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...